Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Memang record dok hospital paling lama setakat ni di pegang oleh safwah lah...2 kali masuk spital...balik 3 hari je pastu masuk balik. Kali pertama masuk (23/4/2011 -30/4/2011) kali kedua (2/5/ 2011 - 6/5/2011). Fuhhhh....sampai ummi pon naik demam. Letih sangat agaknya...sampai hari ni rasa x stabil lagi ni. Lepas safwah demam berganti plak dengan sufi. Sambutan hari ibu kali ni di sambut penuh keinsafan. Dah ada 3 orang anak ni baru sedar tugas sebagai seorang ibu paling mencabar, kalau anak sakit ibu lah yang kedepan. Kurang tidur, kurang makan, kurang rehat tu yang knock down, sebab kurang rehat. 


Anyway, rase berbangga sebab dapat menjadi ibu yang sebenar untuk anak2 melalui pengorbanan diri kepada keluarga. Kerana keletihan itulah yang di namakan 'ibu'. Terbukti kata-kata nabi yang menyebut ibu sebanyak 3 kali sebelum bapa adalah benar kerana ibulah sebenarnya tulang belakang keluarga. Firasat ibu lebih tepat kepada anak - anaknya. 


Terlintas di kepala bagaimana mak dulu membesarkan saya ngan adik beradik yang lain seramai 6 orang. Semoga Allah memanjangkan usia ibuku Hjh Salbiah Binti Sufaat. Jasa dan pengorbanan beliau tidak ternilai harganya. Kerana beliau saya dan adik beradik lain berada di mana kami sekarang.  l love u mak!


Hari ibu lepas, sempat juga wish pada kawan2 yang terlintas la. nak wish sume tak sempat. Walaupon tak berkesempatan tapi masih sempat mendoakan dari jauh semoga kita semua menjadi ibu2 yang hebat 



0 comments:

Post a Comment